GANDINGAN Man Wei Chong-Tee Kai Wun beroleh peluang terbaik mengutip gelaran kedua mereka dalam tempoh tiga bulan selepas mara ke final Kejohanan Antarabangsa Sepanyol.
Wei Chong-Kai Wun mengesahkan tempat mereka ke final beregu lelaki selepas menundukkan pasangan England Mathew Clare-Eathan Van Leeuwen 21-11, 21-11 dalam masa 27 minit.
Hanya pasangan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar yang menjadi penghalang kepada impian gandingan negara menambah koleksi kejuaraan selepas Terbuka Poland, Mac lepas.
Corvee-Labar menempah tempat mereka selepas menewaskan Rory Easton-Zach Russ dari England 21-13, 21-16 dalam satu lagi separuh akhir.
Selain final beregu lelaki, Kai Wun juga akan beraksi di final beregu campuran bersama Teoh Mei Xing menentang pilihan
ketiga, Callum Hemming-Jessica Pugh.





Add Comment