Badminton

Antarabangsa Sepanyol: Perseorangan wanita milik Malaysia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KEJUARAAN perseorangan wanita badminton Kejohanan Antarabangsa Sepanyol sudah pasti milik Malaysia selepas menempatkan dua wakil di final malam ini.

Ia akan menjadi perhitungan antara juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei dan pemenang pingat emas Sukan Sea 2019, S Kisona selepas  masing-masing melepasi halangan separuh akhir mereka.

Turut mengesahkan tempat di final adalah beregu campuran negara, Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing.

Jin Wei, juara remaja dunia 2015 dan 2018, menewaskan rakan senegara, Eoon Qi Xuan 21-17, 21-11 manakala Kisona pula mengetepikan tentangan wakil Perancis, Yaelle Hoyaux 21-18, 21-10.

Final ini pasti menarik kerana ia merupakan pentas untuk kedua-dua pemain ini membuktikan kemampuan masing-masing selepas aksi hambar dalam kejohanan yang disertai mereka sebelum ini.

Jin Wei, 21, memburu gelaran pertama di pentas senior antarabangsa sejak kali terakhir memenangi pingat emas Sukan Sea 2017 manakala gelaran terakhir Kisona, 22, pula di temasya sama pada 2019.


Terdahulu, Kai Wun-Mei Xing yang digandingkan buat kali pertama, mara ke final sulung mereka selepas mengetepikan cabaran pasangan Rusia, Rodion Kargaev-Viktoria Vorobeva 21-17, 21-16 dalam masa 31 minit.

Di final, mereka akan menentang gandingan England, Callum Hemming-Jessica Pugh yang menewaskan Philip Birker-Katharina Hochmeir dari Austria 21-13, 21-11, dalam satu lagi separuh akhir.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: