GANDINGAN muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mencatat kemenangan mudah di pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Sepanyol.
Naib juara beregu lelaki Terbuka Poland itu, menang 21-11, 21-12 dalam masa 24 minit ke atas pasangan Denmark, Jonas Jaeger-Loul Kjaer Kjellberg dalam aksi pusingan kedua mereka.
Di suku akhir, mereka akan menentang pilihan ketiga, Philip Birker-Dominik Stipsits dari Austria yang mengetepikan gandingan tuan rumah, Jose Molares-Jaume Perez 21-15, 21-11.
Turut mengiringi mereka adalah Loo Bing Kun-Lwi Sheng Hao yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 19-21, 23-21, 21-18 ke atas pilihan kedua, Joshua Magee-Paul Reynolds dari Ireland.
Menanti mereka di suku akhir adalah pasangan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar.
Add Comment