Lain-Lain

Sukan Para Asean: Penangguhan disebabkan kelewatan persiapan bukan keputusan tepat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) menyifatkan seandainya penangguhan  penganjuran Sukan Para Asean di Vietnam yang berpunca daripada kelewatan persiapan tuan rumah bukanlah tindakan yang tepat.

Presidennya, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, aspek kewangan juga bukanlah isu utama kerana komitmen telah diberikan sejak awal oleh negara tuan rumah apatah lagi pemilihan tuan rumah dibuat berdasarkan sistem giliran yang dipersetujui negara-negara di rantau Asia Tenggara.

“Setiap negara telah mengetahui sejak awal giliran mereka untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea serta Sukan Para Asean sekali gus menyebabkan tuan rumah mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan ataupun menarik diri.

“Isu penangguhan ini harus ditangani dengan baik walaupun semua pemegang taruh sedia maklum mengenai masalah Covid-19. Kegagalan menanganinya dengan baik boleh menyebabkan perkembangan pembangunan sukan terbantut di rantau ini.

“Demi kemajuan pembangunan sukan para, APSF perlu memandang serius dan menyediakan langkah awal dalam usaha memastikan pengurusan risiko yang lebih proaktif untuk apa jua situasi,” jelasnya.

Tegasnya, MPM menyedari kebimbangan terhadap penularan pandemik Covid-19 menjadi satu-satunya halangan untuk Sukan Para Asean diteruskan.

“MPM ingin mencadangkan supaya APSF memperkasakan wakil-wakil dari rantau ini untuk turut sama menglibatkan diri dalam penganjuran Sukan Para Asean.

“APSF wajar bekerjasama dengan semua negara rantau untuk mengukuhkan hubungan dalam menghadapi cabaran untuk menganjurkan Sukan Para Asean Hanoi 2021.

“MPM telah merancang untuk membantu tuan rumah Vietnam dengan melontarkan idea dan menyediakan kepakaran bagi membolehkan penganjuran temasya dapat diteruskan,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: