Sepak Takraw

Kemelut PSM dan G11 bakal berakhir.. Cepat betul PJS buat kerja

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ibrahim Mohd Yusof

PASUKAN Petugas dibentuk melibatkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan G11 bagi memastikan kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik dan memberi manfaat kepada semua.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia,  Ibrahim Mohd Yusof berkata, perbincangan bersama-sama PSM dan wakil G11 telah diadakan pada 9 Jun 2021 lalu secara dalam talian.

Perbincangan tersebut berjalan dengan lancar dalam suasana yang amat harmoni. Kedua-dua pihak amat komited dan bersatu hati untuk mencari penyelesaian dalam kemelut ini.

“Mereka juga teruja untuk melakukan pembaharuan demi kepentingan serta kelangsungan pembangunan sukan sepak takraw, seterusnya memastikan badan induk sukan sepak takraw diterima semula sebagai ahli gabungan ASTAF.

“Semua pihak bersepakat bahawa langkah penyelesaian hendaklah teratur mengikut proses-proses berdasarkan perundangan dan perlembagaan; iaitu Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], Perlembagaan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF),” jelasnya menerusi kenyataan akhbar, sebentar tadi.

Ibrahim berkata, PSM dan G11 juga bersetuju dengan langkah-langkah remedi yang dirangka oleh PJS, dan hendaklah dilaksana dengan segera dalam mencapai matlamat ini.

“PJS telah diberi amanah untuk menerajui semakan semula perlembagaan PSM.

“Bagi tujuan ini, satu Pasukan Petugas telah dibentuk yang turut melibatkan kedua-dua pihak. Kerjasama dan semangat berpasukan ini amat perlu bagi menyediakan asas tadbir urus badan sukan induk sepak takraw yang berintegriti, telus dan adil, seterusnya mengembalikan semula keyakinan penggiat-penggiat sepak takraw dan rakyat terhadap sukan warisan ini.

“PJS akan terus melaksana tanggungjawab sebagai perantara kepada PSM dan G11, bersedia memberikan khidmat nasihat dan panduan terutamanya dalam penambahbaikan perlembagaan, struktur jawatankuasa tertinggi serta sentiasa memantau kemajuan proses remedi bersama-sama pihak PSM dan G11,” tegasnya.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, PJS mengambil maklum keputusan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) mengekalkan hukuman menyingkirkan sebagai ahli gabungan ASTAF.

“Sebagai badan kawal selia sukan sepak takraw rantau Asia/Ocenia, ASTAF mempunyai bidang kuasa tersebut, manakala ahli gabungan mempunyai obligasi mematuhi peraturan, perlembagaan atau undang-undang ASTAF,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: