Badminton

Demi Malaysia..10 atlet BAM galas cabaran di Tokyo 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

10 pemain badminton negara yang layak beraksi ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 perlulah menunjukkan semangat juang tinggi bagi mengharumkan nama negara.

Tanggungjawab berkenaan akan diketuai jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia selain perseorangan wanita, Soniia Cheah; beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, matlamat utama mereka bersaing pada temasya terbesar dunia itu adalah bagi menyaksikan Jalur Gemilang dikibarkan di podium kemenangan pada Sukan Olimpik dan Paralimpik.

“Mewakili BAM, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua 10 pemain badminton yang berjaya melayakkan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.

“Saya mendoakan yang terbaik dan berharap kejayaan memihak kepada kontinjen Malaysia. Saya berharap mereka akan memberikan yang terbaik di dalam gelanggang dengan matlamat utama adalah bagi menyaksikan Jalur Gemilang dikibarkan ketika majlis penyampaian pingat pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan BAM selepas mendapat pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Norza berkata BAM juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) kerana terus memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik akan bermula 24 Ogos hingga 5 September.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: