Badminton

Tiga lagi atlet negara layak ke Sukan Paralimpik Tokyo

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Liek Hou kini menduduki ranking kedua dunia.

 

TIGA lagi atlet paralimpik negara berjaya layak ke Sukan Paralimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung pad 24 hingga 5 September ini.

Menerusi perkongsian Majlis Sukan Negara (MSN) di Facebook memaklumkan jaguh badminton para Cheah Liek Hou telah mengesahkan tiket ke Tokyo apabila layak secara merit berdasarkan ranking terkini.

Juara dunia enam kali itu akan bersaingan dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) layak selepas berakhirnya tempoh kelayakan yang menyaksikannya menduduki ranking kedua dunia.

Seorang lagi pemain badminton para, Didin Taresoh turut mengikut jejak langkah Cheah apabila menempah slot ke Tokyo dan beraksi dalam kategori SS6 (kerdil).

Didin layak secara merit selepas berakhir tempoh kelayakan dengan menduduki ranking ketujuh dunia.

Sementara itu, atlet tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan juga mengesahkan tiket kelayakan ke temasya Paralimpik secara merit.

Abu Samah menduduki ranking ke-40 terbaik dunia berjaya mengumpul 608 mata dalam sembilan kejohanan terbaik disertai sebelum ini.

Untuk rekod, Abu Samah pernah menyertai temasya Paralimpik Rio di Brazil pada 2016 namun tersingkir pada pusingan pertama.

Sebelum ini 10 atlet paralimpik daripada lima acara sukan telah layak ke temasya Paralimpik Tokyo termasuk Muhs Nurdaiful Zulfikri dan Brenda Anelia (renang), S.Suresh dan Wiro Julin (memanah), Mohd Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romli (olahraga), Chew Wei Lun (boccia) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: