Bola Sepak

Harimau Malaya “ratapi” kekalahan Indonesia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nguyen Quang Hai meledak gol kedua hasil rembatan dari luar kotak penalti. (Foto : VFF)

HARIMAU Malaya kini meniti laluan sukar untuk melangkah ke pusingan seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai selepas Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meraih tiga mata menewaskan lawan masing-masing awal pagi tadi.

Indonesia yang pada mulanya memberikan saingan sengit kepada Vietnam pada 45 minit babak pertama akhirnya terpaksa akur selepas mereka kecundang 0-4 hasil jaringan Tienh Linh (m-51), Nguyen Quang Hai (m-62),  Nguyen Cong Phuong (m-67) dan Vu Van Thanh  (m-74).

Kemenangan penting ini terus meletakkan Vietnam di tangga teratas dengan mengumpul 14 mata, berkelebihan dua mata di hadapan pencabar terdekat, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam satu lagi perlawanan, UAE turut berada dilandasan kemenangan selepas membenam cabaran Thailand 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Zabeel, sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu mengegarkan gawang gol pada minit ke -14 melalui rembatan Caio Canedo untuk menewaskan penjaga gawang Thailand ,Siwarak Tedsungnoen.

UAE terus menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke 33 melalui pemain naturalisasinya, Fabio Virginio De Lima namun penyerang muda Thailand, Suphanat Mueanta (m-55).

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, pemain gantian, Mohammad Juma menolak mudah bola hasil hantaran baik dilakukan Ali Mabkhout untuk perlawanan berkesudahan dengan 3-1 memihak tuan rumah.

Kemenangan ini juga turut melunaskan dendam UAE yang tunduk 1-2 di tangan lawan sama pada aksi pertama di Bangkok, dua tahun lalu.

Kedudukan terkini setiap pasukan dalam Kumpulan G.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: