Bola Sepak

Misi wajib menang menentang Vietnam

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Harimau Malaya menjalani latihan menjelang aksi menentang Vietnam awal pagi Sabtu nanti.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

TIADA jalan lain yang mampu difikirkan Harimau Malaya ketika ini melainkan kemenangan pada aksi menentang Vietnam seandainya ingin meneruskan ke peringkat seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Berada dikedudukan keempat dalam Kumpulan G dengan mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan tiga kekalahan selepas enam perlawanan, tiga mata yang diraih pada di Stadium Al Maktoum, Dubai , awal pagi Sabtu ini akan mencerahkan semula laluan Harimau Malaya.

Bagi pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dia mengakui skuad bimbingannya memerlukan keputusan positif pada pertembungan getir menentang Vietnam yang kini menerajui kumpulan dengan 14 mata.

“Kita masih lagi tidak boleh menaruh harapan, tidak semestinya kami perlu menyerang sahaja untuk mendapatkan gol.

“Perlu sentiasa berhati-hati, Vietnam memiliki pertahanan yang kental jadi kami perlu fikirkan dan cari jalan penyelesaian terbaik untuk meraih keputusan positif.

“Walaupun kita tahu apa keputusan yang diraih akan sedikit sebanyak jejaskan laluan kita ke peringkat seterusnya, kit aperlu yakin dan fokus dalam perlawanan yang cukup penting ini,” tegasnya.

Rekod pertembungan Harimau Malaya dengan The Golden Dragons sejak pasukan itu dibimbing oleh Park Hang-seo sebelum ini memang tidak memihak Malaysia.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: