Bola Sepak

Bayangan Harimau Malaya belum kelihatan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cheng Hoe memberi bayangan akan ada perubahan di bahagian pertahanan menjelang aksi menentang UAE, Jumaat ini.

Oleh : Subkhi Sudarji

KESEBELASAN utama yang diturunkan ketika menentang Bahrain, Jumaat lalu bukanlah bayangan sebenar skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan dengan UAE pada 4 Jun nanti.

Enam gol yang dilepaskan dalam dua perlawanan terdahulu membuktikan bahagian pertahanan pastinya menjadi perbincangan utama skuad jurulatih dan pengurusan sebelum memuktamadkan barisan terbaik untuk berdepan UAE nanti.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tanpa berselindung melihat pertahanan perlu diperkuatkan sebelum aksi getir menentang UAE yang rata-rata dibarisi pemain berkualiti disemua posisi.

“Statistik dua perlawanan terakhir kita agak longgar dibahagian pertahanan, kita sedang meneliti dan kajian ke atas setiap pemain untuk aksi menentang UAE nanti, rata-rata pemain berada dalam satu komitmen yang baik.

“Menentang Bahrain sebelum ini bukanlah bayangan kesebelasan utama bila berdepan UAE, nanti. Masih ada beberapa perubahan antaranya posisi pertahanan,” jelasnya.

Mengulas corak permainan yang bakal disajikan Jumaat ini, Cheng Hoe yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 53 hari ini mahu pemainnya mempamerkan coran serangan namun pada masa sama pertahanan perlu sentiasa berwaspada.

“UAE jika kita lihat mereka memiliki serangan yang baik, sebagai jurulatih saya mahu pemain fokus dan sentiasa berhati-hati. Menentang UAE kita bukan hanya bertahan tetapi juga akan menyerang memburu gol.

“Dalam masa sama pertahanan perlu waspada dan sentiasa bermain sebagai satu pasukan, elak lakukan kesilapan mudah begitu juga pemain lain supaya tidak mudah kehilangan bola,” tegasnya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: