
PEMAIN pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes, mengakhiri musim Liga Perdana Inggeris 2020/2021 dengan nasib malang.
Pada hujung permainan ketika menentang Brighton & Hove Albion F.C, dia menjadi individu ‘sibuk’ mencari gigi di Stadium Emirates.
The Gunners meraih kemenangan 2-0 mengatasi lawan menerusi dua jaringan Nicolas Pepe tetapi tidak cukup membawa Arsenal layak tampil di pentas Eropah untuk musim depan.
Ini kerana, kelab dari London, Tottenham Hotspur berjaya mengalahkan Leicester City.
Berbalik kepada cerita Gabriel, sebaik tamat pertandingan dia tiba-tiba kembali ke padang bersama beberapa staf Arsenal. Pemain berusia 23 tahun itu sebenarnya mencari giginya.
Tak diketahui bagaimana gigi tersebut boleh terjatuh, kerana semasa pertandingan Gabriel tidak mengalami kecederaan serius. Ada yang mengatakan bahawa Gabriel baru sedar giginya hilang setelah berada di bilik persalinan.
Gabriel sepanjang musim ini sudah beraksi sebanyak 23 kali di Liga Inggeris. Lelaki asal Brasil itu hanya sekali bermain sebagai pemain satu kali tampil sebagai pengganti











Add Comment