Antarabangsa Bola Sepak

Mana cukup 100 gol !!


Juventus Cristiano Ronaldo celebrates after scoring his sides third goal for his personal hat trick in thirty minutes during the Italian Serie A soccer match between Cagliari and Juventus, at the Sardegna Arena stadium in Cagliari, Italy, Sunday, March 14, 2021. (Alessandro Tocco/LaPresse via AP)

KUDRAT Cristiano Ronaldo masih berbisa apabila berjaya menghasilkan 100 gol untuk Juventus. Malah, dia menegaskan tak mahu melihat catatan gol itu berhenti begitu sahaja.

Ronaldo menyumbang satu gol ketika Juventus mengalahkan Sassuolo 3-1 dalam aksi Serie A di Stadium Mapei pada Khamis .

Jika dibuat pecahan bentuk jaringan, penyerang berusia 36 tahun itu mencipta gol menerusi 18 kali tandukan, 21 dengan kaki kiri, dan 61 kaki kanan.

Ronaldo juga menjadi pemain Juventus terpantas yang meledak 100 gol dengan hanya bermain tiga musim. Omar Sivori dan Roberto Baggio perlukan empat musim !

Kontrak Ronaldo bersama Juventus bakal berakhir pada Jun 2022. Ada spekulasi yang menyebut dirinya bakal meninggalkan kelab dan memilih ke Sporting CP, kelab disokongnya pada zaman kanak-kanak.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: