Badminton

Jaringan ‘Hand of God’ Shukor – “Pengadil perlu lebih fokus”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Shukor (kiri) bersama Josue selepas menjaringkan gol penyamaan. Foto: KL CITY FC

JARINGAN pemain veteran Kuala Lumpur City FC Shukor Adan  dianggap kontroversi musim ini apabula dilihat menggunakan tangannya untuk menjaringkan gol.

Jaringannya itu dianggap ‘Hand of God’ ketika minit terakhir sepakan percuma kapten Paulo Josue ke arah gol sebelum Shukor menggunakan peluang ‘kelam kabut’ di depan cuba menanduk, namun tangannya juga turut memainkan peranan.

Jika sekali imbas, tandukan itu tidak nampak sebarang kesalahan, sebaliknya rakaman video menunjukkan bola terkena tangan Shukor.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh memberitahu, kesilapan pengadil ketika itu adalah kerana berada di sudut yang tidak betul sekaligus tidak nampak keadaan bola sebenar.

“Sepatutnya pengadi dalam satu-satu keadaan pengadil perlu fokus dan tidak melihat keadaan secara keseluruhan ketika itu.

“Malah dia juga boleh meminta bantuan daripada pembantu pengadil yang bertugas untuk membuat keputusan ketika itu (gol sah atau tidak),” ujarnya.

Pada perlawanan tersebut, menyaksikan UiTM FC mendahuli kedudukan sehinggalah pada minit terakhir tambahan masa Kuala Lumpur City FC menyamakan kedudukan seri.

Adegan ini  menyaksikan UiTM FC terus kempunan untuk meraih tiga mata penuh buat pertama kali musim ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: