Olahraga Semasa Uncategorized

Jom Sertai IJM Allianz Virtual Highway Run 2021!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

SELEPAS tidak dapat menganjurkan IJM Allianz Duo Highway Challenge tahun lalu berikutan pandemik Covid-19, peserta setia larian itu kini boleh menyertai IJM Allianz Virtual Highway Run 2021 yang akan menemui anda dengan pelbagai cabaran lebih menarik.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjuran kali ini akan berlangsung secara virtual selepas mengambil kira penularan Covid-19 yang masih belum reda.

Namun keterujaan dan cabaran yang ditawarkan tetap sama, malah lebih menarik dan bersifat terbuka apabila penganjuran kali ini akan berlangsung hampir sebulan bermula 15 Mei sehingga 13 Jun.

“Oleh kerana ketika ini tidak dibenarkan menganjurkan perhimpunan berskala besar akibat Covid-19, larian secara virtual adalah pilihan yang semakin popular.

“Dengan pandemik Covid-19 yang terus melanda negara, adalah amat penting untuk  semua menjaga kesihatan pada tahap optimum dan terus memastikan sistem imun diri terus kuat,” kata Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff.

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: