Badminton

‘Ini musim terburuk The Reds’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MOHAMED Salah tanpa berselindung mengakui ini adalah musim yang sangat menyedihkan bagi Liverpool.

The Reds yang menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) secara luar biasa musim lalu terpaksa berjuang keras hanya untuk menamatkan di empat teratas ketika ini.

Mereka juga terlepas peluang mempertahankan trofi  EPL dan skuad bimbingan Juergen Klopp itu juga tersingkir dari Liga Juara-Juara, Piala FA, dan Piala Liga Inggeris.

Malah, musim ini  Liverpool pastinya mengakhiri  tanpa sebarang piala. Cuma, menghabiskan kempen pada kelompok empat terbaik akan menjadi pencapaian terbaik kelab Anfield itu untuk bermain di saingan Eropah.

“Sangat menyedihkan bagi kami tidak melihat pasukan ini di puncak liga ketika kami memulakan musim dengan sangat baik.

“Tidak menggembirkan untuk tak melihat kami di Liga Juara-Juara musim depan. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskannya, tetapi itu sangat sukar,” ujar Mohamed Salah dilapor Metro.

Persaingan memburu kedudukan empat terbaik dilihat tidak mudah. Liverpool berada di tangga keenam EPL dengan kutipan 54 mata.

Mereka ketinggalan tujuh mata dari Chelsea yang menduduki posisi keempat dan berjarak satu mata dari West Ham yang berada di posisi kelima.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: