Badminton

Apa nasib Zainal ?


Pemain tengah MUFC, S Kumaahran cuba melepasi kawalan pertahanan Kedah, Mohd Loqman Hakim.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

KEDUDUKAN Zainal Abidin Hassan selaku pengendali Melaka United FC (MUFC) kini semakin goyah susulan kekalahan skuad bimbingannya 1-3 ditangan Kedah Darul Aman FC, sebentar tadi.

Sebelum ini Zainal Abidin dan barisan kejurulatihan telah pun diberikan amaran oleh pihak pengurusan MUFC agar  meraih enam mata hasil dua perlawanan yang akan menentukan nasib pengendali berkenaan.

Menang ke atas Perak FC pada aksi sebelum ini namun rentak berkenaan gagal diteruskan dilaman sendiri apabila dua gol jaringan penyerang import Kedah FC, Kpah Sherman membezakan kedua-dua pasukan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat sebentar tadi, tuan rumah mengasak sebaik masa pertama bermula bagi memburu gol dengan pelawat lebih banyak bertahan.

Pelawat bagaimanapun terlebih dahulu didepan hasil jaringan Kpah Sherman yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-15 selepas bola terkena tangan pertahanan tuan rumah Sukwon Jang dalam kotak penalti.

MUFC bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan juga melalui sepakan penalti selepas Manuel Ott dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti.

Penyerang import tuan rumah, Stefan Nikolic yang diamanahkan mengambil sepakan penalti berjaya menewaskan Mohd Shahril Sa’ari pada minit ke-38.

Memasuki babak kedua, derita tuan rumah semakin kelihatan apabila Kpah Sherman sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadi dan pasukan pada minit ke-62.

Ketua pasukan pelawat  Baddrol Bakhtiar memastikan tiga mata penuh buat Kedah apabila menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan berbaki lapan ditamatkan.

 

 

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment