Badminton

Flick hampir pasti kemudi Die Mannschaft

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SAH ! Hansi Flick akan meninggalkan Bayern Munich akhir musim nanti.  Jurulatih berusia 56 tahun itu kini semakin hampir membimbing pasukan kebangsaan Jerman.

Flick meminta mengundurkan diri dari Bayern dan permohonannya sempat ditolak pihak pengurusan.

Dia memberi alasan bahawa telah mencipta banyak kejayaan di Bayern. Antaranya, membawa Robert Lewandowski meraih enam gelaran hanya dalam 15 bulan melatih, termasuk memenangi Bundesliga, Liga Juara-Juara, DFB Pokal, Piala Super Eropah, Piala Super Jerman, dan Piala Dunia Fifa.

Sebagai pengganti, gergasi Liga Jerman itu secara rasmi melantik Julian Nagelsmann sebagai jurulatih kelab.

Sebelum ini, memang ada khabar angin bertiup kencang Flick akan ke skuad utama Jerman sebaik sahaja Joachim Loew berundur selepas pertandingan Piala Eropah nanti.

Menurut laporan dari agensi berita Jerman, Sport-Informations-Dienst, Persekutuan Bola Sepak Jerman (Deutscher Fussball Bund atau DFB) secara rasmi memulakan perbincangan  dengan Flick.

“Kami dapat mengesahkan bahawa akan mengadakan perbincangan dengannya dan mereka yang bertanggungjawab di FC Bayern,” kata kenyataan DFB.

Flick sendiri pernah berada dalam pasukan kebangsaan Jerman. Dia menjadi pembantu Loew, ketika membawa Die Mannschaft muncul juara Piala Dunia 2014 di Brazil.

Dengan pengesahan ini, maka berakhirlah berita  Juergen Klopp akan melatih Jerman. Sebelum ini, pengurus Liverpool itu sempat berada dalam radar DFB.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: