Hoki

29 pemain Projek Khas Lelaki galas misi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wallace Tan

 

SERAMAI 29 pemain skuad Hoki Projek Khas Lelaki Kebangsaan telah disenaraikan bagi menggalas misi di Piala Remaja Asia Dhaka, Bangladesh yang dijadualakan berlangsung pada 1 hingga 10 Julai 2021.

Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ini turut menawarkan empat slot automatik untuk ke Piala Dunia Remaja 2021.

Dengan India yang telah layak ke Piala Dunia Remaja menerusi tiket sebagai tuan rumah, ini menyaksikan tiga pasukan terbaik dalam kejohanan tersebut akan mengisi tiga lagi slot automatik untuk beraksi di Piala Dunia Remaja 2021.

Menerusi senarai 29 pemain yang diumumkan, lima pemain yang berada di dalam senarai 30 pemain Skuad Senior Kebangsaan, sebelum bermulanya TNB Liga Hoki Malaysia 2021, iaitu, Azrai Aizad Abu Kamal, Noor Firdaus Rosdi, Arif Shafie Ishak, Syarman Mat Tee dan Pavandip Singh, Gurdip Singh turut dipanggil bagi membantu menjayakan misi Skuad Projek Khas Lelaki negara untuk layak ke Piala Dunia Remaja 2021.

Pengendali Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Wallace Tan berkata dengan berbaki berbaki dua bulan menjelang kejohanan Piala Remaja Asia 2021, dia mengharapkan setiap pemain yang dipanggil berusaha keras untuk membuktikan kebolehan yang dimiliki mereka selain dapat membentuk satu kerjasama sebagai satu pasukan.

“Apa yang saya mahukan daripada 29 pemain ini adalah mereka meningkatkan lagi tahap permainan serta kualiti mereka, perbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik dan terapkan semangat untuk berjuang dengan lebih tinggi serta bermain sebagai satu pasukan yang baik.

“Setiap pemain mempunyai peluang untuk berada di dalam senarai 18, namun mereka perlu berusaha lebih gigih lagi untuk memastikan tempat mereka dalam senarai akhir yang akan beraksi di Kejohanan Piala Remaja Asia nanti selain mereka perlu menunjukkan yang mereka mempunyai kualiti jika mahu tersenarai,” jelasnya.

Berikut merupakan senarai 29 pemain bagi Skuad Hoki Projek Khas Lelaki 2021:

> Penjaga Gol

Che Shahrul Azmi Che Saupi
Muhammad Hamiz Mohd Ahir
Mohd Aidil Mohd Shah

> Pertahanan

Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin
Muhammad Arif Shafie Ishak
Muhammad Nur Asyraf Ishak
Syarman Mat Tee
Muhammad Saifuddin Ali
Muhammad Amirul Hamizan Azahar
Muhammad Shafiq Hassan
Adam Aiman Mamat
Muhammad Fahmi Khalid

> Tengah

Shello Silverius
Muhammad Nursyahmi Zukifli
Muhammad Syawal Abd Razak
Nasrul Syahkhir Sadikul
Muhammad Hafizi Zainuddin
Alfarico Lance Liau Jr
Muhammad Izham Azhar
Pavandip Singh Gurdip Singh
Muhammad Syamim Naim Abd Hamid

> Penyerang

Muhammad Noor Firdaus Rosdi
Mohamad Akhimullah Anuar Esook
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
Muhammad Amirul Haniff Mamat
Muhammad Muhibuddin Moharam
Muhajir Abdu Rauf
Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul
Nukman Hakim Mohamad


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: