Badminton

KFA tamat rundingan pemilikan 80 peratus KDA FC


PERMINTAAN besar seperti tanah yang masih berstatus pertanian menyebabkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menamatkan rundingan dengan syarikat tempatan, Go Auto Group dan Flumen Holding Sdn. Bhd.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau tidak dapat meneruskan rundingan tersebut disebabkan permintaan yang tidak dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.

“Saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan tersebut, dan Pasukan Bola Sepak Kedah akan dikendalikan sepenuhnya oleh KDA FC.

“Permintaan oleh syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi oleh KFA dan kerajaan negeri untuk dilepaskan,” ujar beliau ketika sidang akhbar selepas mesyuarat majlis mesyuarat di Wisma Darul Aman hari ini.

Sanusi berkata, syarikat itu membuat permintaan besar seperti tanah yang masih berstatus pertanian yang beliau tidak dapat beri kelulusan kerana ia akan mendatangkan kerugian.

“Syarikat tersebut juga meminta pemilikan stadium. Stadium ini merupakan kendalian dan hak milik Perbadanan Stadium yang mempunyai enakmen. Jadi kita tidak dapat melepaskan perkara-perkara tersebut,” katanya lagi.

Beliau juga membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin membuat rundingan dengan KFA.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi bersedia memberikan pemilikan Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) kepada syarikat Go Auto Group dan Flumen Holding Sdn.Bhd dengan pemilikan majoriti saham sebanyak 80 peratus.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: