Gaya Hidup Lain-Lain

JDT bentuk pasukan hoki ais


Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam proses meluaskan kuasa sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam tempoh sebulan lagi.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.

“Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang,

“Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri di sini.

”Jenama JDT sudah pun ada pada pasukan tinju JDT dengan juara pelbagai anugerah Asia Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor,” ujar kenyataan tersebut.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading