
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan terima mengadap pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Ismail, beliau kagum usaha Ebit Lew dalam membantu rakyat.
“Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew hari ini. Saya kagumi usaha @ustazebitlew dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan keperluan asas.
“Saya telah memberi sumbangan kepada usaha ini agar membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya,” titahnya.
Tunku Ismail menghadiahkan RM200,000 bagi misi bantuan dan menyatakan hasrat mahu menaja pasukan bantuannya untuk menunaikan umrah.
Sementara itu, Ebit Lew sebak apabila dapat mengadap Tunku Ismail secara empat mata.
“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor. Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan.
“InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor,” katanya dipetik menerusi Facebooknya.
Add Comment