Terkini

Azizulhasni kongsi lima perkara pandemik Covid-19


JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berkongsi lima perkara yang boleh diambil iktibar, impak daripada penularan pandemik COVID-19.

Perkara pertama yang boleh dipelajari dalam situasi berdepan ancaman COVID-19 adalah hidup itu hanya sementara, diikuti pekerjaan sesuatu yang tidak tetap dan kesihatan adalah kekayaan sebenar.

Perkara keempat, sentiasalah menyimpan duit sambil beliau mengingatkan perlu mempunyai simpanan untuk waktu kecemasan, dan terakhir, Allah Maha kuasa ke atas segalanya.

Azizulhasni menitipkan kata-kata nasihat dan peringatan tersebut melalui ‘Perkongsian Jumaat’ beliau, menerusi video di akaun Instagram rasminya @azizulhasniawang hari ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: