
PERLUMBAAN MotoGP Thailand yang bakal berlangsung di Litar Buriram musim ini berkemungkinan dibatalkan.
Ia berikutan daripada penundaan kontrak pihak kerajaan Negera Gajah Putih itu.
Litar Buriram dikatakan siap sedia menganjurkan perlumbaan pusingan ke-10 pada 10 Oktober. Namun, perancangan tersebut tampaknya tidak akan direalisasikan.
Dipetik Crash, kerajaan Thailand sepakat menunda kontrak penyelenggaraan MotoGP pada Selasa lalu. Thailand memilih berundur dari MotoGP 2021 dan mengalihkan kontraknya bersama Dorna selama lima tahun pada 2022-2026.
Pandemik COVID-19 menjadi alasan utama Thailand memutuskan untuk tidak menganjurka kejohanan MotoGP 2021.
Meskipun begitu, pembiayaan lesen untuk kontrak di Litar Buriram pada 2022 tetap tidak berubah, iaitu sekitar 25 juta euro bagi tempoh lima tahun.
Thailand menjadi negara pertama yang memutuskan tidak menganjurkan MotoGP 2021. Argentina dan Amerika Syarikat dilaporkan bakal menyusul jejak negeri Asia Tenggara tersebut, setelah jadual pusingan di dua negara itu ditunda ke tarikh yang tidak ditentukan di akhir tahun.
Pada musim lalu, MotoGP Thailand tidak diadakan akibat merebaknya virus Corona secara global. Seluruh pusingan MotoGP 2020 berlangsung di benua Eropah.
Pihak Dorna juga belum secara rasmi mengesahkan pembatalan MotoGP Thailand 2021.






Add Comment