ATLET terjun negara, Leong Mun Yee tidak lupa tanggungjawab sosialnya apabila menyumbang 10 tablet bagi kegunaan pelajar kurang bernasib baik di Muar.
Walaupun sibuk dengan rutin harian untuk persiapan Sukan Olimpik, Mun Yee tetap ada rasa tanggungjawab bagi menyokong usaha digerakkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengumpul dana bagi membeli laptop untuk kegunaan pelajar kurang bernasib baik di kawasan Muar.
Terdahulu, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan menerusi video yang dimuat naik di Twitter miliknya, hari ini mengucapkan terima kasih kepada Mun Yee yang menyumbang 10 tablet kepada pelajar kurang bernasib baik di Muar.
Add Comment