
Cakap Sukan mengucapkan tahniah kepada Datuk Rashid Sidek serta Datuk Cheah Soon Kit yang menerima penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.
Dua individu ini adalah legenda badminton negara yang membawa Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 dan juga meraih pingat di temasya Olimpik.
Laporan media hari ini menyebut, Rashid dan Soon Kit antara 81 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Ia seperti diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media sebentar tadi.
Turut meraih PMW ialah Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.





Add Comment