Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool kembali raih kemenangan


Liverpool akhirnya menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan.

KEMARAU lima kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris berjaya diakhiri Liverpool selepas mengalahkan Tottenham Hotspur 3-1 di London, awal lagi tadi.

Roberto Firmino juga kembali menemui rentak jaringan pada penghujung babak pertama.

Trent Alexander-Arnold meledak gol kedua pasukannya tetapi Pierre-Emile Hojbjerg kembali merapatkan jurang buat Spurs.

Mane memastikan kemenangan buat The Reds sekali gus memintas West Ham United, lawan yang akan ditemui Ahad ini.

“Mudah untuk kita hilang keyakinan, tetapi tidak mustahil untuk bangkit,” ujar Jurgen Klopp selepas permainan.

Klopp mengakui keutamaannya pada masa ini adalah memastikan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: