Komuniti Lain-Lain Semasa

Rakyat Malaysia disaran bantu Ustaz Ebit Lew

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGERUSI Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj, mengajak rakyat Malaysia untuk membuat sumbangan kepada Ustaz Ebit Lew dalam usaha mendapatkan 43 ribu tablet untuk kegunaan para pelajar yang memerlukan.

Beliau terpanggil untuk membantu usaha pendakwah terkenal itu selepas membaca perkongsian Ustaz Ebit Liew di Facebook.

“Sedih membaca perkongsian Ustaz Ebit Lew di Facebook. Sebanyak 43 ribu mesej diterima olehnya yang meminta sumbangan tablet untuk anak-anak  belajar di rumah.

“Satu tablet berharga dalam lingkungan sekitar RM600-RM800. Jumlah keseluruhan tablet pula mungkin mencecah RM30 juta,” tulis Christopher di laman Twitter.

Tambahnya lagi, “Sekiranya 15 juta rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang kepada Ustaz Ebit minimum RM2, sudah pasti jumlah keseluruhan sumbangan dapat menampung kos untuk membeli tablet utk pelajar2 yg memerlukan.”

“Justeru, saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin kepada anak-anak yang memerlukan ini, sumbanglah seberapa yang mampu kepada Ustaz Ebit Lew supaya beliau dapat menyampaikan bantuan tablet kepada 43ribu anak2 yang memerlukan di luar sana untuk belajar di rumah.

“Di saat sukar begini, hanya perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia dapat membantu kita mengukir senyuman kepada mereka yang benar-benar memerlukan.” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR Sdn. Bhd turut menyumbang sebanyak 30 tablet kepada pelajar yang memerlukan di PPR sekitar Lembah Pantai dan Sentul.

Christopher juga akan menyumbang sebanyak RM5,000 kepada Ustaz Ebit Lew bagi membantu beliau membeli tablet serta menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan.

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew telah membeli sebanyak 100 biji tablet untuk disampaikan kepada para pelajar yang benar-benar memerlukan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: