Komuniti Lain-Lain

CakapSukan hargai pengorbanan Frontliners

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Izahar (kiri) menyerahkan sumbangan makanan tengahari kepada ASP Mohamad Niza Fakarudin mewakili petugas barisan hadapan (frontliners) Polis Diraja Malaysia (PDRM),Balai Polis Sungai Buloh, Selangor.

MEMAHAMI dan menyedari kepentingan serta keprihatinan petugas barisan hadapan (frontliners), CakapSukan.com mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan berupa 150 pax makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan (frontliners) Polis Diraja Malaysia (PDRM),Balai Polis Sungai Buloh, Selangor.

Inisiatif “Terima Kasih Frontliners” ini merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat  (CSR) CakapSukan.com sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap peranan yang dimainkan oleh anggota barisan hadapan khususnya PDRM dalam mengawal penularan wabak COVID-19.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif CakapSukan.com, Izahar Atan kepada Ketua Balai Polis, Balai Polis Sungai Buloh, ASP Mohamad Niza Fakarudin Abdul Wahab.

Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah, ASP Raabuan Mohd Ain yang telah memudahkan tatacara Majlis penyerahan sumbangan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: