Lain-Lain

Lima atlet para jalani kuarantin Covid 19


Megat D Shahriman memaklumkan kesemua atlet berkenaan akan menjalani kuarantin sehingga ujian calitan kedua.

 

PRESIDEN Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D. Shahriman Megat Zaharudin memaklumkan lima atlet para negara sedang menjalani kuarantin di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan di sini, selepas sah dijangkiti COVID-19 menerusi ujian calitan yang dilakukan semalam.

Jelasnya , dia dimaklumkan bahawa kesemua atlet berkenaan akan menjalani kuarantin sehingga ujian calitan kedua dilakukan pada hari kesembilan untuk pengesahan bebas daripada jangkitan itu.

“(Saya difahamkan) mereka telah menjalani kuarantin di sana (Pusat Kecemerlangan Paralimpik) dan sebahagian atlet telah diasingkan mengikut tingkat dan mereka tidak boleh bergerak (bebas),” ujarnya.

Megat Shahriman menjelaskan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) turut mengeluarkan garis panduan kepada beberapa penyelaras yang berada di Pusat Kecemerlangan Paralimpik bagi memantau pergerakan kesemua atlet berkenaan.

“Pada masa sama turut menegaskan MPM akan mematuhi sebarang arahan MSN dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan tiada atlet para negara dijangkiti pandemik berkenaan.

Isnin lalu, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail menerusi satu kenyataan media mengesahkan tujuh atlet negara termasuk lima atlet para disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan sebelum memulakan latihan berpusat menggunakan pendekatan kuarantin.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading