
PEMAIN muda meningkat naik, Mohd Faisal Bin Abdul Halim yang musim ini bersama Pahang, sah menyertai Terengganu FC bagi musim 2021.
Berusia 22 tahun dan merupakan pemain skuad utama kebangsaan, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mickey’ teruja menyarung jersi TFC dan mengharapkan kariernya terus berkembang dibawah kendalian Nafuzi Zain.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Rasid Jusoh berkata keputusan untuk menggunakan khidmat pemain yang sebelum ini menyarung jersi Pahang FA itu merupakan percaturan yang dibuat Ketua Jurulatih Nafuzi Zain.
“TFC baru sahaja menandatangani kontrak Mohd Faisal selama dua tahun bermula 2021 sehingga 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini yang dimuat naik dalam laman web rasmi pasukan, TerengganuFC.com.
Ab Rasid berkata pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan seorang pemain yang lincah di bahagian tengah.
“Beliau juga seorang pemain kebangsaan yang mempunyai kebolehan menggelecek serta kemahiran tinggi apabila beraksi,” katanya.
Pemain kelahiran Pulau Pinang ini telah beraksi bersama pasukan Pahang FA semenjak 2015 ( 5 Tahun ) dan ini merupakan perpindahan profesional pertama beliau ke pasukan baru.






Add Comment