Badminton

DNA Jepun bakal resapi KUFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Akira (kanan) sah membimbing KUFC musim depan. (Foto : FB KUFC)

BEKAS pengendali Kuching FA, Akira Higashiyama sah dilantik sebagai pengendali baharu Kelantan United FC (KUFC) bagi saingan Liga Malaysia 2021.

Akira yang menandatangi perjanjian untuk tempoh setahun bersama KUFC mempamerkan kualiti selaku pengendali muda ekoran kejayaannya mengendali Kuching FA musim ini.

Selain Akira, KUFC turut menandatangani MoU dengan pemain import dari Jepun Yuki Tanigawa yang pernah menyertai Kuching FA pada musim lalu dan kini akan bermain di posisi tengah bagi KUFC.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, keputusan pasukannya menandatangani kontrak selama setahun dengan jurulatih dari negara matahari terbit itu, berdasarkan prestasinya membimbing pasukan Kuching FA (Kuching City)  musim lalu.

“Walaupun muda, beliau (Akira) memperlihatkan prestasi yang cukup baik pada musim lepas, di mana beliau bersama dengan Kuching FA membawa satu perubahan drastik terhadap corak permainan pasukan itu.

“Apabila diberikan tanggungjawab sepenuhnya membimbing Kuching FA pada perlawanan-perlawanan terakhir saingan Liga Premier, beliau menghadiahkan kemenangan sehingga membawa Kuching FA layak beraksi pada cabaran Piala Malaysia,” katanya pada Majlis  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) KUFC bersama dengan Syarikat minuman pribiotik Yakult (M) Sdn Bhd yang dimuat naik melalui laman rasmi Facebook KUFC.

Yuki Tanigawa (kanan) turut menyertai KUFC selaku pemain yang bakal beraksi di posisi pertahanan.

Che Abdullah berkata menandatangani jurulatih  itu antara langkah awal bagi mempersiapkan pasukannya yang akan memulakan sesi latihan pada 21 Dis ini.

“Keputusan kita ambil Akira diatas keyakinan bahawa orang Jepun kerja kuat dan bersungguh dalam melaksanakan kerja dan sebagainya, ia memperlihatkan keseriusan kami untuk meberikan cabaran sengit pada saingan Liga-M 2021.

“Tentang baki tiga lagi pemain import kami akan membuat penilaian bersama Akira, kami berharap Akira mampu membawa perubahan kepada KUFC.

“Akira mempunyai Lesen jurulatih Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Lesen A kejurulatihan serta melakar kejutan pada musim lepase setelah membantu kelab dari Sarawak itu menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan keempat,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: