Bola Sepak Semasa Terkini

Usah cemburukan JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BEKAS kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim, berasakan setiap kelab dalam Liga Malaysia tidak boleh cemburu dengan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebaliknya perlu mencemburui usaha yang dilakukan pasukan itu dalam membina kemudahan dan legasi tersendiri dalam kancah bola sepak tempatan.

Safiq menyarung Jersi JDT dari 2013 hingga 2018 di mana dia telah memenangi kesemua kejuaraan utama yang ditawarkan dalam saingan tempatan.

Dia juga pernah membantu JDT menjadi pasukan Malaysia pertama memenangi Piala AFC pada 2015.

Sejak dijenamakan semula pada 2013, JDT berkembang menjadi kuasa besar bola sepak tempatan yang cukup dikenali sehingga ke peringkat Asia.

Selain memenangi gelaran Liga Super buat tujuh tahun berturut-turut sejak 2014, mereka turut layak beraksi dalam kejohanan elit kelab Asia, iaitu Liga Juara-Juara Asia (ACL), selama dua musim berturut-turut tetapi terpaksa menarik diri daripada saingan musim ini berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Kejayaan JDT itu mencetuskan rasa cemburu buat penyokong kelab lain tetapi  Safiq, dalam satu temu bual rancangan Bola@Mamak kelolaan Hafizal Hamad hari ini, berasakan pemain yang menyertai JDT telah melakukan satu keputusan yang tepat dan kejayaan kelab itu perlu dicemburui dengan cara yang betul.

“Tempoh sebagai pemain bola sepak ini hanya sekejap, pada waktu itulah anda perlu menyimpan duit, memulakan perniagaan atau apa sahaja.

“Kita lihat apa yang telah dilakukan JDT sekarang. Anda jangan cemburu dengan apa yang mereka ada. Anda perlu cemburu dengan usaha mereka.

“Mereka melayan pemain seperti pemain berkelas dunia. “Contohnya, sebelum saya bersama JDT, saya bermain untuk Selangor dan saya boleh memberikan (rating) 6/10.

“Kemudian di Johor saya boleh beri 10/10. Selepas itu saya keluar JDT untuk ke Melaka dan ia menjadi 5/10.

“Maknanya, sudah 10-15 tahun saya bermain dalam bola sepak di Malaysia, masih tiada perubahan dan satu-satunya kelab yang melakukan perubahan adalah JDT.

“Setiap kelab dalam Malaysia jangan cemburu dengan kejayaan JDT tetapi perlu cemburu dengan apa yang telah dilakukan mereka untuk kelab itu. “Bagi saya, jika anda tidak mempunyai RM100, janganlah berbelanja lebih daripada RM100. Mungkin anda boleh berbelanja RM10.

“Dalam 10 tahun mungkin anda boleh berbelanja RM1,000,” katanya.– Stadium Astro–


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: