Antarabangsa Permotoran Terkini

NTS RW Racing GP ikat Hafizh Syahrin


Janssen menyifatk Hafizh adalah pelumba berpengalaman dan berbakat.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin akan berlumba untuk NTS RW Racing GP pada tahun 2021.

Pasukan ini dengan bangganya mengalu-alukan pelumba Malaysia berusia 26 tahun untuk menyertai mereka, bersama pelumba Belgium berusia 16 tahun, Barry Baltus.

“Kami bangga dan gembira telah menandatangani Hafizh, yang bukan hanya pelumba berpengalaman dan berbakat, tetapi juga orang yang sangat baik.

“Kami semakin kuat dan lebih baik setiap minggu, tetapi kami masih mengembangkan motor. Input dan maklum balas penunggang seperti Hafizh sangat penting dalam proses itu,” kata pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen.

Hafizh Syahrin juga gembira dengan kontrak itu.

“Saya gembira dapat beraksi di Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya tahu berapa banyak usaha yang diperlukan untuk membangunkan jentera baru, tetapi saya percaya dengan projek ini.

“NTS dan pasukan telah banyak membangunkan motosikal dalam masa yang agak singkat, langkah demi langkah. Saya harap, dengan pengalaman dan maklum balas saya, kita dapat membuat langkah besar.

“Saya yakin bahawa kita dapat melakukan kerja yang baik bersama-sama. Saya tidak berada di tahap terbaik pada musim ini, sebab itulah saya sangat gembira dan bersyukur dengan keyakinan yang dimiliki oleh NTS RW Racing GP,” ujarnya.

NTS RW Racing GP akan memulakan musim baru dengan melakukan ujian pada 26 dan 27 November di Jerez.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading