Pelbagai Semasa

Wartawan sukan berdepan cabaran sangat besar

SAM tetap berbangga dengan sumbangan yang dicurahkan dalam membantu pembangunan sukan negara selain memupuk semangat integrasi di antara kaum di Malaysia.
Jasni tetap berbangga dengan sumbangan yang dicurahkan wartawan dalam membantu pembangunan sukan. (Foto : FB SAM)

WARTAWAN sukan di Malaysia ketikan ini berdepan cabaran sangat besar, lebih-lebih lagi dengan tindakan pengecilan atau penutupan beberapa operasi media di negara ini menyaksikan ada sebahagian daripadanya kehilangan pekerjaan tetap.

Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Jasni Shafie berkata, pihaknya tetap berbangga dengan sumbangan yang dicurahkan dalam membantu pembangunan sukan negara selain memupuk semangat integrasi di antara kaum di Malaysia.

“”Sumbangan wartawan-wartawan sukan juga tidak boleh dinafikan dalam pembangunan sukan negara,” jelasnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan SAM sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wartawan Sukan Sedunia yang diraikan hari ini.

Pada masa yang sama, SAM menghargai ucapan disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican hari ini sebagai meraikan Sambutan Hari Wartawan Sukan Sedunia sekali gus membuktikan keprihatinan beliau kepada golongan wartawan sukan.

Sambutan diraikan di seluruh dunia hari ini sempena memperingati tarikh penubuhan sebuah persatuan yang menaungi pengamal media sukan seluruh dunia, iaitu AIPS (International Sports Press Association) pada tahun 1924 yang kini disertai oleh lebih 156 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: