Bola Sepak

Timbang bola dapat hadiah RM26k

SELEPAS kejayaan menganjurkan Kejohanan Yakult Global Cup 2019 dan membawa pasukan Malaysia menjuarai pertandingan tersebut dengan mengalahkan 22 pasukan lain dari Jepun tahun lalu, Yakult Malaysia kembali sekali lagi pada tahun ini dengan sedikit kelainan selaras dengan norma baru aktiviti sukan di Malaysia.

Kejohanan yang digelar Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge akan mempertandingkan 2 cabaran iaitu secara individu dan juga berkumpulan di mana ianya akan menyaksikan peserta-peserta beradu kemahiran menimbang bola sepak sesama mereka. Setiap cabaran dibahagikan kepada 3 kategori umur iaitu bawah 8, 10 dan 12 tahun.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, pendemik semasa Covid 19 tidak mematahkan semangatnya untuk terus menganjurkan aktiviti bola sepak untuk kanak-kanak di Malaysia. Walaupun keadaan semasa tidak membenarkan sukan berkumpulan di laksanakan, ianya tidak menghalang syarikat Yakult Malaysia menyemakkan semangat bola sepak secara dalam talian menerusi kejohanan ini.

“ Tahun ini kita tidak bernasib baik untuk menganjurkan Yakult Global Cup Kali Kedua berikutan pendemik Covid 19 yang sedang melanda dunia, walaubagaimanapun ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menganjurkan aktiviti bola sepak di peringkat akar umbi.

“Kami menganjurkan Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menimbang bola di kalangan kanak-kanak di Malaysia serta memberikan mereka peluang untuk mencabar peserta dari Jepun yang terdiri daripada pelatih-pelatih di Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka dan Akademi Bola Sepak Fagiano Okayama’

Cabaran individu akan bermula pada 01 Jun hingga 20 Jun 2020 yang menawarkan hadiah wang tunai dan juga e-sijil untuk pemenang. Manakala bagi cabaran berkumpulan, cabaran akan bermula dengan peringkat saringan pada 01 hingga 20 Jun 2020 dan peringkat akhir akan berlangsung pada 26 hingga 30 Jun 2020. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan e-sijil dan berpeluang menentang pasukan dari Jepun.

Sebagai rekod, Yakult adalah minuman probiotik rasmi FAM dan ISN. Amalan minum Yakult, yg mengandungi probiotik Shirota strain hidup, setiap hari berfungsi menyokong sistem penghadaman dan imun badan. Ini telah terbukti secara saintifik memanfaatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan di kalangan atlet, kanak-kanak dan masyarakat dari pelbagai golongan umur.

Kesemua cabaran ini akan dilangsungkan secara atas talian dengan peserta hanya perlu menghantarkan video penyertaan kepada pihak penganjuran mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut berkaitan Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge dan pendaftaran pemain dan pasukan boleh di dapati di laman web rasmi Yakult Malaysia, http://www.yakult.com.my.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: