Bola Sepak

FAM ahli gabungan Skim Belia Elit AFC


Dato’ Windsor John

KONFEDERASI Bolasepak Asia (AFC), mengumumkan secara rasmi bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjadi ahli gabungan terbaharu yang diluluskan sebagai anggota penuh Skim Belia Elit AFC.

Selain FAM, Kesatuan Bolasepak Kyrgyz (KFU) dan Persekutuan Bolasepak Myanmar (MFF) juga menerima pengiktirafan tersebut.

Untuk makluman, FAM pada 14 April lalu telah pun menerima surat daripada AFC berhubung kelulusan tersebut.

Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John dalam surat berkenaan memaklumkan FAM telah diberikan status keahlian penuh Skim Belia Elit AFC manakala akademi bola sepak negara, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang menjalankan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) diberikan penarafan 2-Bintang bagi skim berkenaan.

Hamidin memaklumkam FAM sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kualiti bola sepak belia.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan bola sepak belia kami dan Skim Belia Elit AFC ini menyediakan kami struktur yang tepat untuk diikuti.

“Kami gembira dapat diterima sebagai ahli penuh dan berbangga salah satu akademi bola sepak tertinggi di Malaysia telah mendapat status dua bintang,” ujarnya.

Terdahulu pada 5 Mac lalu, FAM telah menerima kunjungan delegasi AFC untuk proses penilaian bagi permohonan tersebut dengan Timbalan Pengarah Teknikal AFC merangkap Ketua Pembangunan Pemain AFC, Laszlo Szalai dan Ahli Panel Belia AFC, Chan Yuen Ting disambut kehadiran mereka oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia FAM.

Skim Belia Elit AFC ini merupakan langkah utama dalam pembangunan bakat yang akan membantu Ahli-Ahli Gabungan AFC untuk mengembangkan lagi program peringkat belia di negara masing-masing.

Antara kriteria yang akan dinilai termasuk mengenai staf, perancangan, pertandingan, kejurulatihan, pencarian bakat, perkhidmatan perubatan, sains sukan, pendidikan & kebajikan, kemudahan, falsafah dan akademi.



Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d