Lain-Lain

Para Sukma Johor 2020 ditunda


MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) telah membuat keputusan untuk menangguhkan Para SUKMA Johor 2020 ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan sebaik tarikh SUKMA Johor 2020 ditetapkan ekoran ekoran ancaman yang dibawa wabak Covid-19.

Keputusan sebulat suara ini dipersetujui pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Para secara dalam talian yang pagi tadi.

Presiden MPM Dato’ Seri Megat D Shahriman Dato Zaharudin berkata, memandangkan ia adalah isu sejagat dan mampu mengancam keselamatan dan kesejahteraan atlet Para yang memerlukan lebih perhatian terutama membabitkan isu kesihatan, maka adalah lebih baik untuk Para SUKMA Johor 2020 ditangguhkan.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Para secara dalam talian telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah pada pagi tadi untuk membincangkan mengenai situasi terkini penganjuran Para SUKMA Johor 2020 ekoran ancaman yang dibawa wabak Covid-19.

“Mesyuarat secara dalam talian itu turut disertai saya sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Johor, Ketua Pegawai Institut Sukan Negara dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan di Jabatan Belia dan Sukan Negara.

“Seramai 13 Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) serta pengarah daripada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan turut bersidang dalam mesyuarat yang berlangsung selama 30 minit itu. Sama seperti SUKMA Johor 2020, kami tadi sebulat suara telah bersetuju untuk menangguhkan Para SUKMA Johor 2020 ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan sebaik tarikh SUKMA Johor 2020 ditetapkan,” jelasnya.

Megar D Shahriman turut memaklumkan pada masa sama, mesyuarat juga mencapai kata putus untuk mengekalkan Peraturan Tetap Para SUKMA dan Peraturan Am Acara Para SUKMA. Insya-Allah segala perkembangan terbaru akan dibincangkan sekali lagi bersama MSN dan JBSN kelak.

“Apapun, saya sentiasa bersyukur kerana pihak Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan JBSN tidak pernah jemu bekerjasama di saat virus Covid-19 ini terus menular dan mengehadkan pergerakan semua. Kami tetap meneruskan kerja di rumah dan saya berjanji kami akan terus memberi yang terbaik untuk atlet Para.

“MPM berharap semoga wabak ini dapat dibendung dengan segera supaya semua penduduk di Malaysia dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d