Lain-Lain

Megat D Shahriman kotakan janji


Megat D Shahriman menyifatkan faktor tidak sependapat dengan exco menyebabkannya memgambil
keputusan mengotakan janji meletakkan jawatan.

PRESIDEN Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Dato’ Sri Megat D Shahriman Zaharuddin mengotakan janjinya apabila meletakkan jawatan selaku orang nombor satu persatuan terbabit selepas hampir setahun menggalas tanggungjawab tersebut.

Jelasnya, selepas memegang amanah tersebut dia sedaya upaya cuba mengangkat imej sukan kanu, meningkatkan nilai komersial sukan tersebut dan memperbaiki struktur pengurusan persatuan ini hanya dalam tempoh setahun.

“Ratusan ribu ringgit telah dilaburkan untuk menghidupkan semula sukan kanu dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan bertaraf kebangsaan seperti Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Tasik Putrajaya pada April 2019 dan Sesi Akhir Pemilihan Pasukan Kebangsaan di Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang, Julai tahun yang sama.

“Ini adalah antara inisiatif saya bersama Exco MASCA bagi memastikan sukan kanu mendapat pengiktirafan untuk diperakui sebagai sukan teras setelah sekian lama ia banyak bergerak sendirian dan hanya menjadi pelengkap kalendar sukan negara tanpa pencapaian memberangsangkan sejak ditubuhkan pada 1983.

“Namun, faktor tidak sependapat dan kegagalan mencapai kata sepakat dalam pelbagai perkara menyebabkan hubungan antara saya dan Exco retak, sebelum timbul cubaan membuat undi tidak percaya terhadap saya.

“Saya akur dengan tindakan kumpulan itu walaupun kecewa kerana gagal menyelesaikan apa yang dimulakan bersama oleh kami,” ujarnya melalui siaran akhbar yang dikeluarkan persatuan sebentar tadi.

Megat D Shahriman turut memaklumkam keputusan diambil selepas mengambil kira perkara tersebut selain komitmen tinggi yang perlu diberikan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (“MPM”) setelah terpilih sebagai presiden majlis itu bagi penggal 2019-2023.

“Sudah tiba masanya untuk saya selaku Presiden Persatuan Kanu Malaysia meletakkan jawatan.

“Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada Persatuan Kanu Malaysia. Saya mendoakan agar barisan kepimpinan baharu yang akan mengambil alih MASCA dapat meningkatkan prestasi sukan kanu dan menarik lebih ramai golongan muda di luar sana untuk bergiat aktif dalam sukan berkenaan. Selamat maju jaya,” tegasnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d