Safri lebih layak kemudi Sarawak United A

Scroll down to content
Safri (kiri) dan Pengiran Bala dua individu terbaik bimbing Bujang Senang musim ini. Foto : SarawakVoice

Safri Amit dinilai calon tepat untuk dilantik sebagai ketua jurulatih Sarawak United A bagi musim 2020.

Itu pandangan peribadi dilontarkan daripada jurulatih profesional, Raja Isa Raja Akram Shah yang percaya kredibiliti dan pengalaman dimiliki oleh Safri.

Ia ekoran daripada laporan portal sarawakcrocs. com semalam yang mendedahkan Safri memberikan arahan kepada pemain ketika perlawanan persahabatan menentang Perak II, baru-baru ini.

Sepatutnya, arahan taktikal adalah kuasa sepenuhnya Magro Olivera yang berasal dari Sepanyol itu.

Cakap Sukan difahamkan, Olivera didakwa telah meninggalkan kem dan tanggungjawab atas padang digalas oleh Safri yang merupakan pembantunya.

“Sebagai bekas pemain Sarawak dan anak jati Sarawak, Safri lebih arif berkaitan pasukan”

“Sarawak United A tidak harus ambil sikap tunggu dan lihat. Terus sahaja lantik Safri sebagai ketua jurulatih.

“Sebagai bekas pemain Sarawak dan anak jati Sarawak, Safri lebih arif berkaitan pasukan.

“Utamakan dahulu anak tempatan dari Malaysia dan bagi peluang sekurang-kurangnya satu pusingan Liga Premier,” ujarnya kepada Cakap Sukan sebentar tadi.

Raja Isa yang juga pengendali PSPS Riau di Liga Indonesia menambah, seandainya Safri tidak mencapai sasaran mungkin Sarawak boleh mencari pengganti lain.

Katanya lagi, Safri boleh membina pasukan bersama Pengiran Bala yang layak dilantik sebagai penolong jurulatih Sarawak United A.

“Seperti saya cakap tadi, bagi ruang kepada Safri. Sarawak untuk Sarawak,” katanya lagi.

Persoalan sekarang siapakah bakal Ketua jurulatih baharu yang akan menduduki kerusi panas tersebut?

Untuk rekod, Safri pernah mengemudi skuad Piala Belia Sarawak dan kini penolong jurulatih Sarawak United A.

Penyokong Bujang Senang pastinya tidak sabar menunggu perkembangan terbaharu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: