Uncategorized

JDT lepaskan Fazly, Kumaahran ke Pahang FA secara pinjaman


Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melepaskan dua pemain mereka untuk menyertai Pahang FA secara pinjaman.

Pemain berkenaan adalah S Kumaahran dan Fazly Mazlan.

Perkembangan terkini ini dimaklumkan oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“Kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada S Kumaahran dan Fazly Mazlan yang akan beraksi bersama Pahang FA secara pinjaman,”

“Kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada S Kumaahran dan Fazly Mazlan yang akan beraksi bersama Pahang FA secara pinjaman,” katanya.

Fazly yang bermain di posisi sayap pernah bermain untuk JDT pada kempen Piala AFC 2015 manakala Kumaahran merupakan bekas penyerang Harimau Muda dan Pulau Pinang FA sebelum menyertai Harimau Selatan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: