
SEBANYAK 40 kelab berstatus amatur mula memasang impian besar menjelang aksi Piala FA Malaysia 2020.
Hari ini, undian kelayakan Piala FA Malaysia 2020 yang melibatkan 40 pasukan terdiri daripada Liga M3 dan Liga M4, diadakan di Ibu Pejabat Malaysian Football League (MFL).
Penampilan kelab-kelab itu melakarkan sejarah penglibatan pasukan amatur terbesar di negara ini sekali gus memeriahkan lagi industri bola sepak tempatan.
“Untuk pertandingan Piala FA Malaysia 2020, saya berharap pasukan yang mungkin dianggap kerdil dapat melakukan kejutan kerana ia adalah kesempatan terbaik buat pasukan amatur kita bersaing dengan pasukan lebih baik.“
Pengerusi Amateur Football League (MFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi optimis bahawa
penglibatan 40 pasukan berstatus amatur ini akan memberikan impak besar kepada wakil Liga M3 dan Liga M4.
Apa yang pasti, beliau teruja untuk menyaksikan kejutan berlaku dalam saingan Piala FA Malaysia 2020 di mana beliau percaya kelab-kelab amatur memiliki kemampuan untuk melakukan sesuatu pada tahun ini.
“Untuk pertandingan Piala FA Malaysia 2020, saya berharap pasukan yang mungkin dianggap kerdil dapat melakukan kejutan kerana ia adalah kesempatan terbaik buat pasukan amatur kita
bersaing dengan pasukan lebih baik.
“Mereka juga memiliki kesempatan untuk melakarkan kejutan supaya pasukan-pasukan kita dapat menunjukkan prestasi dan saya berharap pasukan amatur kita menggunakan peluang ini untuk memperbaiki lagi permainan kita,” katanya.
Penyertaan Perlis United FC, JBFA ditarik balik
Undian yang berlangsung hari ini itu hanya melibatkan 40 pasukan selepas penyertaan Perlis United FC dan JBFA dalam kejohanan ini terpaksa ditarik balik.
Ini kerana Perlis United FC disingkirkan selepas status pasukan itu memiliki nama sama Perlis FA di mana Perlis FA ini masih digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selain komposisi jawatan di dalam Perlis United FC itu terdiri daripada individu sama daripada Perlis FA.
Manakala JBFA, AFL turut menerima surat daripada FAM mengatakan bahawa mereka masih berhutang yang belum dilunaskan menyebabkan status JBFA bermain di pusingan kelayakan Piala FA Malaysia 2020 ditarik balik disebabkan gagal menyelesaikan hutang tertunggak.

Dalam perkembangan sama, Datuk Wira Yusoff menggesa pasukan-pasukan Liga M3 dan Liga M4 menggunakan kesempatan bermain dalam kempen Piala FA Malaysia 2020 sebagai persiapan terbaik menjelang perubahan struktur liga ke arah semi pro.
Jelas Datuk Wira Yusoff, AFL akan berusaha keras untuk memastikan perkembangan Liga M3 dan Liga M4 berada dalam landasan terbaik selain memastikan kualiti pasukan berada di tahap sepatutnya.
“Saya juga melihat ada beberapa ciri yang positif pada tahun ini apabila banyak pasukan yang ingin terlibat dalam pertandingan Piala FA Malaysia 2020 dan saya berharap minat mereka ini dapat diteruskan sempena pengstrukturan Liga M3 musim 2021 bagi melengkapkan 12 pasukan dalam Liga M3 dan 12 pasukan dalam Liga M4.
“Inilah tujuan AFL di mana kita bukan sahaja mahu merancakkan tetapi menambahbaik kualiti pertandingan dan pasukan di mana AFL akan menilai pasukan yang benar-benar layak untuk
bermain di Liga M3 pada tahun hadapan kerana Liga M3 akan berubah wajah menjadi liga semi pro,” katanya.
Add Comment