Uncategorized

Promosi Early Bird, Dapatkan Tiket Shell Malaysia MotoGP Serendah RM160!

Jimat sehingga RM25 sepanjang tiket promo bermula 3 hingga 9 Februari depan.

Untuk edisi ke-22 Grand Prix Motosikal Shell Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memulakan promosi awal penjualan tiket Early Bird untuk perlumbaan yang dijangka sengit tahun ini semasa sesi ujian rasmi Sepang MotoGP dan musim perayaan.

Grand Prix Motosikal Shell Malaysia dijadualkan diadakan di negara ini dari 30 Oktober hingga 1 November 2020.

Promosi tahun ini bermula dengan Tahun Baru Cina yang akan datang dari 25 Januari hingga 31 Januari 2020 dan juga semasa sesi ujian rasmi Sepang MotoGP dari 3 Februari hingga 9 Februari 2020.

Promosi tiket Early Bird MotoGP sempena Tahun Baru Cina 2020.

Di samping itu juga, sesi ujian rasmi MotoGP Sepang yang jatuh pada hujung minggu membolehkan orang ramai dan peminat dua roda datang dan menyaksikan acara itu.

Selain daripada aktiviti menarik untuk para peminat, pasukan handalan seperti Monster Energy Yamaha, Suzuki Ecstar dan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia (PYSRT) akan melancarkan jentera bagi musim 2020 mereka semasa sesi ujian rasmi.

Harga tiket untuk promo Early Bird serendah RM310 untuk Premier Roving, RM255 untuk Marc Marquez Tribune, RM200 untuk Grandstand Utama dan RM160 untuk VR46 Tribune dengan penjimatan sehingga RM30.

SIC menyambut ulang tahun ke-20 MotoGP tahun lepas dengan jumlah kehadiran 170,778 penonton selama tiga hari dan mencatatkan 103,850 penonton pada hari perlumbaan.

Tahun ini, SIC menyasarkan untuk menarik lebih 100,000 kehadiran pada hari perlumbaan.

Peminat MotoGP digesa merebut tawaran tiket eksklusif ini dan menonton pelumba kegemaran anda bersaing memburu kemenangan di Sepang nanti.

Ia khusus kepada peminat juara dunia, Marc Marquez dan pelumba lagenda, Valentino Rossi yang masing-masing mempunyai tiket tribun khas mereka di SIC, dan tidak lupa untuk datang dan menyokong wira tempatan kita, Hafizh Syahrin dan Kasma Daniel yang bersaing dalam kelas Moto2 manakala Khairul Idham Pawi akan bertanding di bawah PETRONAS Sprinta Racing (PSRT) dalam kelas Moto3 musim ini.

MotoGP tahun ini juga bakal menyaksikan pertempuran hebat antara Marquez, Marc dan Alex Marquez yang bersaing dalam pasukan Honda Repsol dalam kategori MotoGP.

Peminat-peminat yang terlepas untuk menonton pertempuran epik di MotoGP Sepang tahun lepas boleh segera mendapat promosi tiket awal pada tahun ini.

Peminat juga tidak hanya akan dihiburkan persembahan di atas trek tetapi juga di luar trek dengan banyak aktiviti yang disediakan oleh SIC dan rakan penaja.

Tiket Grand Prix 2020 Motor Malaysia boleh dibeli melalui talian dari http://www.sepangcircuit.com atau melalui kaunter tiket SIC di Welcome Centre.

Ikuti laman Facebook SIC untuk maklumat lanjut mengenai promosi tiket dan aktiviti yang akan diadakan semasa sesi ujian rasmi Sepang MotoGP.

Masuk ke Grandstand Utama terbuka adalah percuma kepada orang ramai dan tempat letak kereta disediakan di kawasan mall semasa ujian ini bermula 7 hingga 9 Februari 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil Perhubungan Awam & Komunikasi SIC, Khairul Akil di akil.amin@sepangcircuit.com.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: