
Syarikat PUC Sport memperkenalkan aplikasi mudah alih bagi memudahkan penyokong Kelantan mendapatkan jersi dan ‘merchandise’ pasukan pada musim ini.
Aplikasi mudah alih itu boleh dimuat turun secara percuma bermula hari ini.
Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd Shukry Pauzi berkata, sebagai permulaan aplikasi ini akan digunakan untuk penjualan jersi edisi khas TRW.
“Ini adalah salah satu usaha baharu kami untuk menyemarakkan lagi penjenamaan semula pasukan.
“Aplikasi ini juga akan turut dilengkapi dengan maklumat terkini pasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, PUC Sport akan bekerjasama dengan pasukan media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam menyalurkan maklumat tersebut.
Add Comment