Uncategorized

BOJAN HODAK KINI ‘PELATIH’ BARU PSM MAKASSAR

Hampir 10 tahun menetap di Malaysia, bekas pengendali skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak akhirnya memilih berkelana ke Indonesia untuk membimbing PSM Makassar dalam saingan Liga 1 di negara berkenaan musim depan.

Jurulatih kelahiran Croatia ini ketika dihubungi Cakap Sukan mengesahkan dia mengikat kontrak selama setahun bersama kelab yang berpangkalan di Selatan Sulawesi dan dijadualkan memulakan tugas, 8 Januari depan.

Hodak tidak asing lagi dalam arena kejurulatihan bola sepak di Malaysia apabila memulakan karier bersama UPB-MyTeam pada 2006-2009, Kelantan (2012-2013), Johor Darul Ta’zim (2014-2015) dan Pulau Pinang (2016).

Tahun 2017 menyaksikan dia mengemudi skuad pelapis negara sehingga merangkul kejuaraan AFF U-19 sebelum kontraknya tidak disambung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan kritikannya terhadap sistem pembangunan bola sepak negara, Mac tahun ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: