HYPERSHOE wujudkan konsep masyarakat penyayang di kalangan rakyat Malaysia

Scroll down to content

HYPERSHOE ditubuhkan pada 1996, dan dianggap sebagai salah satu peruncit kasut terkemuka di Malaysia. Kini, HYPERSHOE mempunyai sebanyak 40 buah kedai di seluruh kawasan Lembah Klang.

Pasukan HYPERSHOE terdiri lebih daripada 200 orang pekerja yang sentiasa menyokong HYPERSHOE dan dedikasi mereka terhadap HYPERSHOE amat membanggakan semuanya.

Bahkan nama HYPERSHOE sudah menjadi sebutan ramai dan kini boleh dianggap setanding dengan peruncit kasut lain yang terlebih dahulu wujud di Malaysia.

Kedai HYPERSHOE yang turut menjual kasut sukan dan peralatan kelengkapan sukan kebanyakannya terletak di lot kedai dan kompleks dengan kedai pertamanya yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sejak ditubuhkan, HYPERSHOE telah berkembang dengan mantap. Jenama ini telah menaikkan kualiti kehidupan orang sekeliling di Malaysia, dan seterusnya Asia pada masa hadapan.

Persatuan Belia Seri Cempaka, PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

HYPERSHOE menjadi jenama kasut pilihan orang ramai dengan menawarkan kasut yang selesa kepada pelanggan dengan reka bentuk yang dipelbagaikan.

25 November lalu, HYPERSHOE telah menganjurkan program amal dengan memberi sumbangan kasut sekolah kepada 121 anak-anak Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku, Bandar Bukit Beruntung dibawah jagaan Puan Nurul Baiti Sahrin sebagai pengurus.

Pengarah Urusan HYPERSHOE berkata, sumbangan yang diberikan ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat penyayang dikalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Kami amat prihatin dengan nasib malang mereka. Dengan cara ini kami juga berharap dapat memberi bantuan kepada anak-anak yatim yang memerlukan kasih sayang.

“Menerusi sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan beban pengurusan Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku.

“Mereka juga boleh pergi sekolah dengan kasut sekolah yang selesa selepas ini. Kos perbelanjaan yang diperuntukkan untuk program ini berjumlah RM10,000,” katanya yang berbangga kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” katanya.

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku, Bandar Bukit Beruntung.

Misi mereka tidak terhenti setakat itu kerana pada 13 Disember baru-baru ini, pasukan HYPERSHOE sekali lagi menganjurkan program amal sumbangan kasut sekolah melibatkan Persatuan Belia Seri Cempaka, PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

“Kali ini seramai 147 kanak-kanak bertuah apabila menerima bantuan daripada HYPERSHOE.”

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Persatuan iaitu Syuja’uddin Ismail kerana memberi peluang buat kami untuk menyertai program ini.”

“Kami sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan menerusi cara ini diharapkan boleh mewujudkan masyarakat penyayang dikalangan kita,” katanya.

Menurutnya, jumlah peruntukan yang dikeluarkan untuk program ini juga sama seperti yang terdahulu iaitu RM10,000.

“Kami juga rasa bangga kerana memberi sumbangan ini. Ia merupakan perkara yang sangat bermakna dan menggembirakan kami serta kanak-kanak tersebut,” kata Pengarah Urusan HYPERSHOE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: