
PASUKAN Silat Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dinobatkan sebagai juara peringkat IPT Tempatan dengan membolot 12 pingat emas, dua perak, dan dua gangsa daripada 18 pingat yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut.
Pingat emas telah disumbangkan oleh Afiqul Rashen Osman, Muhamad Asyraf Rahmat Azman, Mohamad Hairi Hasrul Mat Said, Hanastasyiah Burhanuddin, Muhammad Muazzam Mohd Yasin, Mohammad Baharudin Mohamad Yusoff, Muhammad Haziq Bistaman, Faradiba Tugiman, Andi Azura Muluk, Nur Amira Izzati Khalid, dan Izlina Ameera Izlirahman.
Bagi pingat perak diraih Ammar Danial Rahmat dan Nur Ayu Syamimi Amiludin manakala pingat gangsa dimenangi oleh Muhammad Amirul Abd Hamid dan Muhammad Hanif Baharul Wafi.
Untuk kategori individu, atlet Nur Amira Izzati Khalid dianugerahkan sebagi Pesilat Terbaik Putri peringkat IPT Tempatan.
Dalam kategori IPT Tempatan, sebanyak 27 pasukan turut serta selain 37 pasukan bagi kategori Silat Seni Asli Terbuka yang membabitkan menyertaan daripada enam buah negara iaitu Thailand, Singapura, Indonesia, Belanda, Yaman dan Malaysia selaku tuan rumah.
Kejohanan ini telah berlangsung di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) selama enam hari yang bermula pada 25 November hingga 1 Disember 2019.
Add Comment