Uncategorized

FAM sedia hulur bantuan untuk pembangunan kelab swasta

Hamidin menendang bola sebagai gimik pelancaran di RSC, hari ini.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berminat untuk memberi bantuan kepada kelab-kelab swasta menikmati program pembangunan bola sepak dalam negara ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memuji usaha-usaha seumpama ini untuk melabur demi pembangunan anak-anak tempatan.

Pada masa sama, Hamidin juga memberi penghormatan kepada aspek pembangunan bola sepak Kelab Diraja Selangor.

“Mengadakan acara yang sebesar ini memerlukan banyak dedikasi dan semangat.

“Saya mengalu-alukan Kelab Diraja Selangor untuk keghairahan dan sokongan yang tidak berbelah bagi demi pembangunan bola sepak di negara ini,” kata Hamidin pada pelancaran Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Junior RSC ke-15 sebentar tadi.

Seramai 1,000 kanak-kanak berumur antara 6 hingga 16 tahun bersaing dalam lima kategori yang dipertandingkan, yang mana mereka mewakili 81 pasukan dalam kejohanan dua hari di RSC Bukit Kiara.

Dan sebagai ganjaran untuk usaha Kelab Diraja Selangor , Hamidin mengumumkan kelulusan untuk menjalankan kursus kejurulatihan bagi kelab swasta.

“Dalam usaha meningkatkan lagi Program Latihan RSC, FAM akan menjalankan kursus Sijil Kejurulatihan Lesen C di RSC Bukit Kiara tidak lama lagi.

“Kursus ini akan dihoskan oleh RSC dengan kos menyediakan pengajar akan disokong penuh oleh FAM.

“Saya berharap RSC akan menerima tawaran kami dan menjemput semua kelab ahli lain dari seluruh negara untuk menghantar jurulatih mereka diberikan latihan dan pensijilan yang tepat dalam latihan bola sepak,” kata Hamidin.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Naib Presiden FAM, Datuk S Sivasundram, Presiden RSC, Sylvester Devaraj dan Pengerusi Trophy RSC Chu Ah Nge, Datuk Gerald Rakish Kumar serta ahli-ahli Jawatankuasa Umum RSC, keluarga dan ahli.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: