KUALA LUMPUR – Gaya hidup sihat kini menjadi amalan rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia.
Baru-baru ini, GOIFEX Malaysia 2019 hadir di ibu negara untuk memperkenalkan gaya hidup sihat yang baru.
GOIFEX adalah acara olahraga, kecergasan, dan gaya hidup yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 8 hingga 10 November 2019.

“Sama ada anda penggemar olahraga berpengalaman yang ingin menjadi lebih sihat, atau hanya ingin relaxs, ayuh datang dan bergabunglah dengan kami.
“Mari kita memulakan jalan menuju kesejahteraan dan kesihatan dengan cara anda sendiri. Hidup anda akan menjadi lebih baik selamanya,” kata CEO/Founder GOIFEX, World Net Exhibition Pte Ltd, Dina Carol.
Jelas Dina, Malaysia menjadi lokasi pilihan kerana budaya kedua-dua negara tidak banyak perbezaan.
“Ini merupakan program GOIFEX yang ketujuh kali. Kenapa pilih Malaysia? Kerana Kita serumpun dan memilih tetangga dulu.
“Kita punyai banyak persamaan. Kita mahu ke luar negeri yang tidak jauh dari Indonesia. Tahun depan kami bakal ke Filipina dan Vietnam.

“Target acara ini untuk semua orang, kerana aktiviti ini bermula dari kanak-kanak, remaja, dan warga emas,” jelasnya.
Add Comment