Antarabangsa Badminton Terkini

Perodua Malaysia Masters 2024 pentas kebangkitan Pearly dan Thinaah

Perodua Masters Malaysia 2024 medan melengkapkan mereka ke Olimpik Paris.

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mahu jadikan Perodua Masters Malaysia 2024 medan untuk meraih gelaran selepas hampir sebulan tidak menyertai sebarang kejohanan.

Pearly-Thinaah yang tidak menyertai skuad Piala Uber juga mengakui teruja menggunakan kejohanan bertaraf Super 500 itu sebagai gelanggang memperkemaskan lagi permainan sebelum menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.

“Pastinya setiap pemain mahukan kemenangan meraih gelaran, kita pun sama. Apa yang penting ialah untuk kekalkan momentum, langkah demi langkah, focus pada permainan kami sendiri serta elak dari sebarang kecederaan,” kata Pearly.

Meskipun meraih kemenangan, pasangan beregu utama negara ini mengakui masih perlu memperbaiki lagi beberapa kelemahan di Perodua Masters Malaysia 2024 terutama kejohanan ini ialah medan melengkapkan mereka ke Olimpik Paris.

Bagi Thinaah, dia sangat teruja untuk beraksi di Perodua Masters, terutama di laman sendiri selepas lama tidak beraksi.

“Kami bermula awalnya agak perlahan tetapi kami mula membaiki momentum di set kedua. Kami cuba beberapa perkara baru di sini dan diharap akan terus memperbaiki rentak,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading