Antarabangsa Bola Sepak

Zinedine Zidane ganti Pirlo?


Image

LEGENDA Perancis, Zinedine Zidane dikhabarkan akan meninggalkan Real Madrid untuk menjadi pengurus Juventus, lapor Tuttosports.

Kekalahan kepada Chelsea di separuh akhir Liga Juara-Juara minggu lalu meningkatkan spekulasi Zidane akan ‘berangkat’ pada musim panas – walaupun dia masih mempunyai satu tahun kontraknya.

Dan laporan di Itali menunjukkan bahawa segalanya dapat diatur untuk kembali semula ke Turin, dengan Pirlo akan meninggalkan jawatannya setelah mengharungi musim yang mengecewakan.


Add Comment

Click here to post a comment